Aidil Zafuan Berang Rita Rudaini Petik Nama Isteri Di Instagram

IMG_2017-04-18-112354-700x389

 

Umum mengetahui hubungan Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan memang tidak pernah baik sejak mereka bercerai. Terbaru pula, menerusi Instagram, Aidil telah meluahkan rasa bengang dengan sikap Rita yang belum ‘move on’ kerana memetik nama isterinya, Zarema Zainal di dalam ruangan komen ketika bersembang dengan peminatnya.

 

IMG_2017-04-18-112402-590x427

 

Dalam nada yang cukup marah, Aidil urut mempertikaikan tindakan Rita yang tidak pernah berhenti menganggu hidupnya biarpun sudah bercerai empat tahun lalu. Menerusi posting terbabit, ramai juga yang turut berang dengan tindakan Rita yang dilihat seperti meroyan dengan perkara lama seolah tidak senang dengan kebahagiaan Aidil sekarang.

 

Sejujurnya rasanya tidak perlu Rita memetik nama isteri Aidil lagi, buang air keruh ambil yang jernih. Teruskan dengan kehidupan anda, sampai bila mahu menoleh ke belakang. Tetapi pada masa yang sama, hairan juga macam mana Aidil boleh perasan nama isterinya dipetik dalam berpuluh komen di situ kalau diri sendiri tak rajin memerhati bukan. - Rotikaya

Lain-Lain Berita