Video beruang cedera dirakam di kebun getah, bukan kawasan pembalakan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuantan: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengesahkan video seekor beruang matahari yang tular dalam media sosial dirakamkan di Kampung Chat, Lipis.

Bagaimanapun, lokasi video itu bukan di dalam kawasan hutan yang dikatakan sedang mengalami pembalakan besar-besaran, sebaliknya di kebun getah lama yang ditebang.

“Jabatan terlebih dulu menerima aduan penduduk berhampiran mengenai gangguan pada sarang ternakan kelulut, 8 Jun lalu dan siasatan pada esoknya menjumpai kesan tapak dan kesan makan beruang menyebabkan perangkap dipasang di lokasi strategik keesokannya.

“Pihak jabatan juga masih melakukan pemantauan berterusan di lokasi terbabit memandangkan beruang itu dipercayai mengalami kecederaan,” menurut jabatan itu menerusi kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook hari ini.

Jabatan itu juga memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan hidupan liar itu untuk menghubungi talian hotline di 1-800-88-5151.

Semalam, rakaman video berdurasi 29 saat menunjukkan seekor beruang berjalan dalam keadaan terhincut-hincut di cerun bukit dengan himpunan kayu yang ditebang tular dalam media sosial selain turut dikongsikan badan bukan kerajaan (NGO) pencinta haiwan.

Sumber: My Metro