10 000 Warga Palestin Tiada Tempat Tinggal Disebabkan Serangan Israel

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kepulan asap disebabkan serangan udara Israel di sebuah bangunan di Kota Gaza, Palestin, Jumaat, 14 Mei 2021. (Foto AP)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa kira-kira 10,000 orang Palestin terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Gaza kerana ketegangan yang berlaku disebabkan pencerobohan Israel yang telah menyebabkan sejumlah orang awam, termasuk kanak-kanak, terbunuh.

“Mereka terpaksa berlindung di sekolah, masjid dan tempat-tempat lain semasa berlakunya pandemik COVID-19 dengan akses perkhidmatan air, makanan, kebersihan dan kesihatan yang aak terhad,” kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB dalam satu kenyataan.

“Hospital, akses perkhidmatan air dan sanitasi bergantung kepada elektrik, bahan bakar yang akan habis segera,” tambahnya.

PBB menyeru agar pihak berkuasa Israel dan kumpulan Palestin perlu segera membenarkan PBB dan rakan kerjasama NGO membawa bantuan makanan dan bekalan perubatan, dan memberi bantuan kemanusiaan.

“Semua pihak mesti sentiasa mematuhi undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa,” tambahnya.

Sekurang-kurangnya 122 orang Palestin, termasuk 31 kanak-kanak dan 20 wanita, telah terbunuh manakala 900 yang lain cedera dalam serangan Israel yang dilakukan dan masih berterusan terhadap Gaza.

Israel terus menyerang Gaza dengan pengeboman yang telah mengakibatkan kerosakan besar pada bangunan-bangunan dan kediaman-kediaman penduduk.

Sehingga kini, sembilan orang Israel telah terbunuh dalam peperangan yang berlangsung antara Palestin dan Israel – lapan dari mereka terbunuh dalam serangan roket, manakala seorang lagi askar terbunuh ketika peluru berpandu anti kereta kebal menyerang jipnya.

Ketegangan di palestin meningkat di kawasan Sheikh Jarrah di Timur Jerusalem sejak sebulan lalu ketika para peduduk Israel mengikut perintah mahkamah untuk mengusir keluarga Palestin di kawasan itu.

Akibatnya, rakyat Palestin telah memprotes penduduk Syeikh Jarrah yang menjadi sasaran dan diancam pengusiran oleh tentera Israel.

Israel memperolehi Baitulmuqaddis Timur semasa perang Arab-Israel 1967 dan mennguasai seluruh kota pada tahun 1980 – meskipun tindakan tersebut tidak pernah diakui oleh masyarakat antarabangsa.