Umur bukan penentu kepada keguguran rambut tetapi ia lebih kepada masalah genetik. Anda tidak boleh mengubah genetik tetapi anda boleh membuat sesuatu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut.
Mungkin anda sebenarnya kekurangan beberapa nutrisit penting untuk rambut menyebabkan rambut anda menjadi gugur, kusam dan rapuh
Dengan mengubah cara permakanan anda, anda bukan sahaja dapat melambatkan proses keguguran rambut malah, rambut anda akan kelihatan lebih sihat dan kuat.
1. Zat besi
Makanan yang kaya dengan zat besi boleh membantu anda jika anda kekurangan zat besi. Pastikan anda berjumpa dengan doktor dahulu untuk periksa kandungan zat besi dalam badan anda. Bayam adalah makanan yang mengandungi pelbagai nutrient termasuklah zat besi yang membantu menguatkan folikel rambut anda. Daging lembu tanpa lemak juga salah satu makanan membantu menambah zat besi dalam badan anda.
2. Zink
Zink sebenarnya nutrient yang membantu merawat dan menghalang keguguran rambut. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa orang yang mengalami keguguran rambut sebenarnya kekurangan nutrient zink dalam badan.
Untuk menambah zink dalam badan, anda boleh makan tiram, bayam, daging merah, kacang dan telur. Malah terdapat beberapa lagi nutrisi lain yang bagus dalam makanan-makanan ini!
3. Vitamin A
Makanan yang kaya dengan vitamin A sebenarnya kaya dengan beta-krotin. Bukan sahaja bagus untuk rambut anda malah bagus untuk badan anda. Beta-krotin sebenarnya boleh merawat untuk penglihatan, imunisasi dan melawan kanser. Untuk meningkatkan pemgambilan beta-krotin, makan makanan yang berwarna oren. Lobak merah, ubi keledek, dan bayam sememangnya tinggi dengan kandungan beta-krotin. Adalah lebih bagus jika anda makan mentah berbanding yang siap masak kerana ia akan mengurangkan jumlah beta-krotin dalam makanan anda.
4. Vitamin D
Vitamin D juga nutrisi yang penting. Badan anda sebenarnya boleh menghasilkan vitamin D apabila anda terdedah pada cahaya matahari. Tetapi tidak semua orang mempunyai masa untuk keluar kerana mereka sibuk di pejabat malah, yang keluar pula gemar memakai pelindung matahari. Untuk menambahkan vitamin D dalam badan anda, anda boleh makan ikan tuna, ikan salmon, hati lembu dan kuning telur. Susu, bijirin dan jus oren juga mengandung vitamin D.
5. Selenium
Selenium juga memainkan peranan merawat keguguran rambut dan meningkatkan imunisasi. Kekurangan selenium sebenarnya jarang berlaku kecuali anda menghidapi Hipotiroidisme, HIV, sedang menjalani dialisis atau penyakit Crohn (peradangan pada system pencernaan). Anda boleh menambah 6 biji kacang brazil dalam seminggu. Anda perlu berhati-hati dalam pengambilan kacang brazil kerana pengambilan secara berlebihan atau berkurangan amat berbahaya pada kesihatan anda.
6. Biotin
Biotin adalah salah satu vitamin B yang dikenali sebagai B7. Kekurangan boleh menyebabkan keguguran rambut, masalah kulit dan kerosakan saraf. Anda akan memperoleh biotin dengan jumlah yang tinggi dalam makanan seperti telur, ubi keledek dan bayam. Bincang dengan doctor anda sebelum mengambil biotin kerana ia akan menjejaskan kesan ubat-ubatan.
7. Minyak omega
Anda mesti pernah dengar omega-3 dan omega-6 baik untuk hati dan ota anda. Tahukah anda, nutrient-nutrien ini juga boleh merawat masalah keguguran rambut.
Ikan salmon adalah cara terbaik untuk mendapat omega-3. Jika anda tidak suka ikan, kacang, biji-bijan dan minyak dari biji angur, bunga matahari labu dan kelapa boleh menjadi pengganti. Tahukah anda, inidividu yang mengambil 400mg minyak bii labu setiap hari dalam masa 24 minggu, terdapat peningkatan sebanya 40% dalam pertumbuhan rambut.
8. Minyak pati
Minyak pati adalah minyak yang pekat dan minyak suling 100%. Anda boleh gunakan dalam masakan atau sebagai salah astu produk kecantikan. Minyak pati rosemary mengandungi bahan anti-oksida dan bahan anti-radang yang membantu menggalakkan pertumbuhan rambut tanpa medatangkan kesan sampingan seperti gatal kepala.
9. Madu
Madu, minyak zaitun dan kulit kayu manis sebenarnya bahan-bahan yang digunakan oleh generasi lama untuk menumbuhkan rambut. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ia membantu merawat kepala gatal dan menggelupas. Anda tidak perlu memakannnya, hanya sapu pada kulit kepala anda. Caranya adalah dengan memanaskan 1 sudu minyak zaitun dan tambah 2 sudu masu dan serbuk kulit kayu manis. Masukkan 1 biji telur dalam campuran dan sapukan campuran ini pada rambut anda. Biarkan selama 10 minit dan basuh rambut anda dengan syampu. Minyak zaitun itu tidak boleh terlalu panas untuk mengelakkan telur itu masak.
10. Yogurt Greek
Dan yang terakhir adalah, yogurt Greek. Anda boleh makan terus atau gossokkan kulit kepala anda dengannya. Yogurt Greek mengandungi vitamin B5 dan vitamin D. Nutrisi-nutrisi ini boleh menguatkan folikel rambut. Malah, ia mengandungi protein dan kalsium yang menguatkan rambut dan tulang. Anda boleh ganti dengan yogurt rendah lemak jika anda tidak mahu mngambil kalori berlebihan.
Kesimpulan
Semua makanan yang disenarai adalah makanan yang terbukti dapat membantu merawat masalah keguguran rambut terutamanya bayam. Anda pasti terkejut melihat perubahan yang berlaku pada rambut anda jika anda mengamalkan makanan-makanan ini. Selamat mencuba!
Sumber: Nutrition Explained