10 perkara ini… mungkin kita anggap pelik tapi normal di negara lain

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SETIAP negara di dunia ini mempunyai peraturan dan undang-undang tersendiri termasuk Malaysia.

Malah dalam setiap budaya juga, setiap masyarakat mempunyai keunikan dan amalan tertentu yang mungkin normal bagi kita tetapi tidak bagi negara lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel produk kampung… wanita ini buka kelas online, berazam martabatkan seni mengait

Ada di antaranya juga kedengaran pelik dan tidak masuk akal tetapi ia perkara biasa di negara-negara tertentu. Perkara itu juga menjadikan sesebuah negara dan budaya itu unik.

Berikut adalah senarai beberapa perkara pelik yang mungkin tidak normal bagi kita sebagai rakyat Malaysia tetapi perkara biasa di luar negara.

238

1. Bendera berbentuk tiga segi

Hampir setiap negara benderanya berbentuk empat segi tetapi tahukah anda bendera Nepal berbentuk tiga segi!

71

2. Cuaca sejuk bukan masalah!

Kita mungkin terkejut dan cemas sekiranya melihat seorang kanak-kanak sedang tidur nyenyak dalam stroler ketika cuaca sejuk dan bersalji.

Tetapi ia perkara biasa di negara-negara Skandinavia seperti Finland, Norway dan Sweden.

304

3. Lampu isyarat berwarna biru

Apabila lampu isyarat bertukar warna hijau, ia petanda untuk meneruskan perjalanan tetapi berapa ramai daripada kita yang pernah dengar tentang lampu isyarat berwarna biru? Di Jepun, ia perkara biasa.

108

4. Nama tempat terpanjang

Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu yang terletak di Porangahau, New Zealand memegang rekod dunia sebagai nama tempat terpanjang di dunia dengan 85 huruf.

Monaco

5. Pusing Monaco dalam sejam

Jika anda melancong ke Eropah, ambil peluang untuk ke Monaco kerana anda hanya memerlukan sejam untuk melawat ke seluruh negara itu dari utara ke selatan!

978

6. Snickers goreng

Jika di Malaysia terkenal dengan ais krim goreng namun berlainan pula di Scotland. Di negara itu, antara makanan yang terkenal adalah snickers goreng!

389

7. Jalan tanpa nama

Pelik tapi benar… Kebanyakan jalan di Costa Rica tidak mempunyai nama! Bayangkan anda menggunakan waze di sana?

831

8. Dua pasport

Jika ke Rusia, anda akan mempunyai dua pasport. Satu untuk domestik dan antarabangsa!

Kayu Manis

9. Mandian kayu manis

Jika anda masih bujang di Finland pada usia 25 tahun, bersedia untuk dimandikan dalam air kayu manis tetapi di Malaysia bahan itu digunakan untuk masakan.

19278e5df1a5146e5166b971c6

10. Pen merah

Di Korea Selatan, menulis nama seseorang menggunakan pen merah membawa maksud individu itu sudah meninggal dunia tapi di negara kita ia digunakan untuk menandakan kesalahan yang dilakukan.

Sumber: Mstar