DUNGUN – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui KETENGAH Holding Sdn Bhd mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan ‘Back To School’ yang memanfaatkan 1,000 orang pelajar di Daerah Dungun.
Pengerusi KETENGAH YB Senator Datur Razali Idris berkata, program yang turut berkerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu ini bertujuan membantu persediaan di samping menguatkan semangat bagi pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah.
Program yang menelan belanja RM 825,000 pada keseluruhan akan memberi manfaat kepada lebih 5,500 orang pelajar Sekolah Rendah dan Menengah di seluruh negeri Terengganu.
Tambah beliau lagi, program yang dianjurkan KETENGAH pada hari ini di Dungun akan diperluaskan lagi ke lapan daerah di Terengganu agar dapat dimanfaatkan kepada lebih ramai lagi penerima.
Beliau berucap demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan ‘Back to School’ di Dewan Balai Orang Ramai (BALORA) Al Muktafi Billah Shah, Dungun.
Hadir sama pada majlis berkenaan YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.
Sumber: UNIT BERITA MANIS FM