1,113 pesakit Covid-19 terima faedah Perkeso

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Besut: Sehingga Ogos lalu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu sudah menyelesaikan 1,113 tuntutan oleh pesakit Covid-19 di negeri itu.

Farihah Che Husin

Pengarahnya Farihah Che Husin berkata, sejumlah RM663,543 dibayar kepada 1,094 pencarum di bawah Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), yang mana mereka dijangkiti Covid-19 menerusi kluster tempat kerja.

“Manakala 12 kes membabitkan kematian Covid-19 bukan di tempat kerja dan tujuh kes kematian Covid-19 di tempat kerja.

“Bagi kes kematian bukan di tempat kerja contohnya meninggal dunia di rumah, jika caruman cukup, faedah pencen penakat akan dibayar seumur hidup kepada waris si mati,” katanya ditemui pada penyerahan Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 oleh Skuad Perkeso Prihatin di Kampung Gong Kepas Dalam di sini, hari ini.

Sementara itu, Farihah berkata, kadar caruman yang dibayar kepada pencarum menjalani tempoh kuarantin bergantung kepada jumlah pendapatan iaitu minimum RM 30 dan maksimum RM 105 sehari.

Sumber: My Metro