114 Terima Bantuan JKM Berjumlah RM28,500

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

JERANTUT: Seramai 114 orang penerima daripada kawasan Dewan Negeri Pulau Tawar dan Damak di Jerantut telah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM28,500.
 
Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Tawar, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah.
 
Menurutnya, setiap penerima telah mendapat bantuan berjumlah RM250 sebagai bayaran bantuan bagi membantu meringankan beban penduduk yang memerlukan bantuan.
 
“Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama kerajaan pimpinannya yang sangat prihatin terhadap keperluan rakyat dengan menjaga kepentingan mereka,” katanya.
 
Majlis penyampaian tersebut telah disampaikan di Dewan Terbuka Galeri Mat Kilau di di Pejabat Dewan Negeri Pulau Tawar, Jerantut, semalam.
 
Pada majlis sama turut disampaikan sumbangan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kepada Penerima Bantuan Khas Miskin Tegar bagi Daerah Jerantut.
 
YB. Dato’ Haji Nazri turut berkesempatan menziarahi beberapa penduduk yang sakit di Felda Kota Gelanggi 1 dan FELDA Jengka 13 selain berkunjung ke program gotong-royong yang diadakan penduduk di FELDA sama.

Sumber: PAHANGMEDIA