16 baka kucing peliharaan yang sebenarnya wujud tapi jarang kita dengari.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baka kucing baru muncul sepanjang masa. Sesetengahnya muncul hasil daripada mutasi yang tidak disengajakan, dan sebahagiannya hasil kerja yang sudah dirancang. Terdapat juga Sesetengah kucing BerBulu pendek, botak, mata kuning, yang menyebabkan kucing tersebut menyerupai harimau tetapi versi telinga keriting dan kaki pendek .

  1. American Wirehair

Bulu kucing ini kelihatan seperti terkena kejutan eletrik, atau lebih dikenali sebagai wiry (itulah sebabnya baka itu mempunyai nama ini) tetapi sebenarnya, bulunya lembut seperti bulu kucing yang lain. Kucing baka ini tidak perlu disikat selepas mandi untuk mengekalkan kecantikan semulajadi bulu mereka. American Wirehairs sangat aktif dan patuh. Mereka juga mudah menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.

2. Sosoke

Kucing Sokoke Afrika kelihatan seperti Cheetah. Mereka mempunyai bintik-bintik pada badan mereka, telinga besar, dan mereka sangat aktif! Baka ini muncul pada penghujung tahun 1970-an dan menjadi popular di seluruh Eropah dengan cepat. Kucing Sokoke sangat berdikari dan tidak susah dijaga tetapi pemiliknya perlu memastikan mereka mempunyai ruang yang luas untuk kucing ini bermain.

3. Nebelung

Nebelungs berasal dari kucing biru Rusia (Russian Blue Cat). Anak kucing Nebelungs boleh menjadi agak agresif terhadap tetamu, tetapi mereka sebenarya baik kepada pemiliknya. Satu lagi ciri menarik baka ini adalah, mereka juga mempunyai suara yang sangat perlahan. Unik kan!

4. Minuet

Kucing Minuet berasal dari kucing Munchkin (berkaki pendek) dan Persian(berbulu lebat). Kucing-kucing ini tidak memerlukan apa-apa jenis penjagaan khusus disebabkan tahap kecerdasan mereka yang tinggi dan tidak agresif menjadikan mereka haiwan kesayangan yang ideal. Mereka sebenarnya dipanggil kucing Napoleon, kerana mereka begitu pendek, seperti Napoleon Bonaparte.

Kesemua kucing jenis ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi disebabkan tahap kecerdasan mereka yang tinggi. Selain itu, mereka merupakan haiwan kesayangan yang ideal lantaran sifat mreka yang tidak agresif.

5. LaPerm

LaPerms adalah sebahagian daripada kucing paling unik dalam kompilasi ini. Mereka sangat istimewa kerana bulu mereka berlipat semula jadi.

6. Chantilly-Tiffany

Kucing Chantilly-Tiffany adalah kucing yang mempunyai bulu panjang selembut sutera yang berwarna coklat dan mata amber (kuning jingga). Kucing baka ini sangat bijak, mesra, dan mempunyai sikap yang baik terhadap kanak-kanak. Mereka tidak memerlukan banyak penjagaan khas kecuali penjagaan bulu panjang mereka.

7. Bombay cat

Kucing Bombay kelihatan seperti Bagheera dari cerita Mowgli karya Rudyard Kipling. Walaupun nama mereka Bombay, salah satu tempat di India, mereka tidak dibiakkan di sana tetapi berasal dari Amerika Syarikat. Penampilan mereka sangat mengagumkan: dengan mata kuning terang (amber-like yellow) dan berbulu gelap halus yang menjadikan mereka kelihatan seperti harimau kumbang hitam. Penampilan kucing ini tidak menghalang mereka daripada menjadi haiwan kesayangan yang sangat baik.

8. Foldex cat

https://www.instagram.com/p/BoiB93gju_D/?utm_source=ig_embed

Anda pasti terkejut melihat kucing ini. Comel bukan? Kucing yang kelihatan seperti patung ini sebenarnya baka gabungan British Shorthair(mata berwarna tembaga seakan oren), Scottish Fold (telinga berlipat ke depan) dan Persian cat(berbulu panjang)

9. American Curl

Keistimewaan kucing ini terletak pada telinganya yang berbentuk unik seperti telinga tikus. Baka ini boleh didapati sama ada berbulu panjang ataupun berbulu pendek dan tidak spesifik kepada satu warna sahaja. Apa yang penting adalah telinganya yang ‘berlipat’ ke belakang. Kucing ini sangat setia kepada tuannya dan sangat mesra.

10. Selkirk Rex

Nampak serupa seperti kucing berbaka LaPerm kan? Sebenarnya kucing baka ini adalah gabungan baka Persian, British dan beberapa genetic baka dominan berlipat yang eksotik. Bukan LaPerm sahaja baka berbulu berlipat ya, Selkirik Rex pun berbulu berlipat juga. Ia kelihatan beruang kecil yang sangat setia dan baik. Bulunya perlu dijaga setiap hari untuk mengekalkan bulu eksotiknya.

11. Dwelf

Dwelf ya namanya bukan Dwarf. Kucing kecil ini bakanya adalah gabungan daripada baka Sphynx, Munchkin. Antara sifat-sifat baka ini ialah kecil, berkaki pendek, telinga berlipat kebelakang(curled), dan tidak berbulu. Unik kan rupa kucing ini seperti makhluk di  alam kayangan. Namun begitu, kucing ini tidak mudah dijaga. Mereka perlu berada di tempat yang hangat, sering dimandi, malahan mata, hidung dan telinga mereka pelu dibersihkan setiap hari.

12. Singapura cat

Kucing baka ini adalah kucing bersaiz paling kecil di dunia. Mereka mempunyai tahap kesihatan yang sangat baik dan tidak memerlukan penjagaan khas. Ramai orang suka memelihara kucing jenis ini kerana saiznya yang kecil.

13. Lykoi

Kucing ini kelihatan seperti serigala. Ianya mempunyai bulu hitam yang kelihatan berserabut di badan tetapi tidak tumbuh di muka dan menjadikan kucing ini seperti serigala. Walaupun rupanya seperti begitu, Lykoi ini sangat setia dan mesra.

14. Kinkalow

View this post on Instagram

Someone say treats?

A post shared by Miss Minnie (@munchkin_minnie) on

Gabungan Munchkin dan American Curls menghasilkan kucing berbaka Kinkalow ini. Kakinya yang pendek daripada Munchkin manakala telinga berlipatnya daripada American Curls. Kucing ini popular walaupun hanya 100 ekor kucing berbaka Kinkalow di dunia.

15. Chartreux

Baka ini merupakan baka Eropah paling tua yang dibiak sekitar 600 tahun lalu. Kucing ini adalah bersaiz besar dan warna matanya seperti kuning madu. Bulunya berwarna biru san sangat berdikari. Mereka adalah haiwan peliharaan yang baik tetapi mudah cemburu jika anda mempunyai haiwan peliharaan yang lain.

16. American Ringtail

https://www.instagram.com/p/BUlpmpBgHZf/?utm_source=ig_embed

Baka ini adalah baka baharu tetapi tidak semua orang bersetuju bahawa kucing ini berbaka unik. Ekor mereka bergulung seperti Husky. Ia juga suka bermain, meneroka benda baharu, dan sangat suka bermain dengan air tidak seperti kucing lain.

Sumber: Brightside