Lebih 40 negara diketuai Kanada menyuarakan kebimbangan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai tindakan China kepada etnik Xinjiang di negara itu.
Kenyataan bersama yang disokong oleh Australia, Britain, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Sepanyol dan negara lain itu disampaikan pada hari kedua persidangan ke-47 di Geneva.
Duta Kanada, Lesli Norton berkata, pihaknya sangat bimbang mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Xinjiang yang didiami oleh etnik Uighur.
Katanya, Beijing perlu membenarkan Ketua Hak Asasi PBB, Michelle Bachelet dan pemerhati bebas lain mempunyai akses segera serta tidak terikat ke Xinjiang bagi menghentikan penahahan penduduk sewenang-wenangnya.
“Laporan berita yang dipercayai menunjukkan lebih sejuta orang ditahan di Xinjiang dan mereka diawasi serta hak asasi, kebebasan dan budaya etnik minoriti Uighur disekat,” jelasnya.
Kenyataan bersama itu memetik laporan penyiksaan, tindakan kejam, keji, tidak beperikemanusiaan, menjatuhkan hukuman, penindasan berdasarkan seksual dan jantina serta pemisahan secara paksa anak-anak daripada ibu bapa mereka.
Malah, jumlah negara yang menandatangani kenyataan mengcam tindakan China meningkat tahun ini berbanding 22 duta pada 2019. -AFP
Sumber: Utusan