2 PPS Diaktifkan Di Kemaman

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kemaman selepas kediaman penduduk dilanda banjir akibat fenomena air pasang besar.

Pada 10 malam tadi, satu lagi PPS telah dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor.

Satu lagi PPS dibuka iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga yang dibuka pada 9 malam tadi yang menempatkan seramai 10 mangsa daripada dua buah keluarga.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, seramai 19 mangsa daripada lima keluarga telah dipindahkan ke dua PPS berkenaan yang dibuka secara berperingkat bermula malam tadi.

Sembilan mangsa daripada tiga keluarga telah dipindahkan ke PPS di SK Lembah Jabor.

Ketika ini, keadaan cuaca hujan di beberapa kawasan di Terengganu.

Sebelum ini, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan Terengganu berdepan fenomena air pasang besar bermula pada 1 hingga 8 Januari ini.

Fenomena air pasang tersebut boleh menyebabkan berlaku kenaikan paras air laut yang boleh mencecah antara 3 meter (m) hingga 3.7 m.

Sumber: HARIAN METRO