Kira-kira 2000 orang telah melakukan perjalanan keluar dari Jalur Gaza setakat dua hari ini apabila Mesir membuka sempadan Rafah untuk pertama kalinya selepas 66 hari.
Sebagai perinciannya, antara 1.927 yang meninggalkan kawasan Gaza, 828 memasuki semula Jalur Gaza, manakal 79 orang lagi tidak dibenarkan melakukan perjalanan oleh pihak berkuasa Mesir, kata kementerian dalam negeri Palestin dalam satu kenyataan.
Pihak Kementerian memberitahu bahawa kira-kira 7,000 orang perlu melakukan perjalanan dari Gaza dengan segera untuk mendapatkan rawatan, belajar atau kembali bekerja.
Sempadan Rafah ditutup pada tahun 2007 apabila Hamas memenangi pilihan raya Palestin dan menguasai Gaza. Berikutan itu Israel dan Mesir melakukan pengepungan penuh dan ketat secara paksaan.
Pada hujung minggu lalu Mesir telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka semula sempadan selama empat hari mulai hari Isnin.
Twafiq Abu Naim, ketua menteri kementerian dalam negeri, memberitahu wartawan di sempadan Rafah bahawa kementeriannya berharap agar sempadan akan dibuka secara berterusan untuk mengurangkan penderitaan mereka di Gaza dan rakyat Palestin yang terkandas di Mesir.
“banyak urusan program kemanusiaan, pelajar serta mereka yang perlu melakukan perjalanan tergendala apabila sempadan Rafah ditutup,” katanya, yang meminta pihak berkuasa Mesir agar pintu gerbang sempadan sentiasa terbuka.