23 Penerima Terima Sumbangan Kerajaan Pahang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Kerajaan Pahang sangat prihatin terhadap nasib rakyat di negeri ini yang kurang bernasib baik termasuk menyampaikan sumbangan kepada 23 penerima di Dewan Negeri Kerdau.

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga Ahli Dewan Negeri Kerdau.

YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, jumlah keseluruhan sumbangan berkenaan adalah sebanyak RM113,000.

“Sumbangan ini bagi membantu pelbagai aktiviti dan urusan penerima. Kesemua ini merupakan permohonan yang dipanjangkan melalui kami di Pusat Khidmat DUN Kerdau, yang telah mendapat kelulusan YAB Menteri Besar Pahang,” katanya.

Beliau berkata, antara yang menerima sumbangan adalah bagi mengadakan aktiviti pendidikan dan kebajikan lestari Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal berjumlah RM10,000 dan peruntukan naik taraf pagar Masjid Kampung Bukit Dinding berjumlah RM10,000.

Katanya lagi, turut menerima sumbangan adalah mangsa ribut di Kampung Bengik dan pesakit kronik yang masing-masing menerima RM1,000.

Sumber: PAHANGMEDIA