PALESTIN, 17 Rejab 1442 H, ISNIN: Menurut Kementerian Dalam Negeri Palestin, Israel belum mengesahkan kelahiran 25,000 bayi Palestin yang dilahirkan dalam beberapa bulan terakhir.
Dasar itu memberi kesan besar kepada ibu bapa bayi yang baru lahir kerana ini bermakna mereka tidak akan dibenarkan pergi ke luar negara dengan anak-anak mereka.
Israel hanya akan mengesahkan bayi-bayi arab yang dilahirkan di wilayah Palestin sekiranya Pihak Berkuasa Palestin (PA) secara rasmi memberikan nama mereka kepada pemerintah Israel.
Tetapi tindakan itu dihentikan apabila Presiden Palestin Mahmoud Abbas memutuskan untuk menghentikan projek dan koordinasi dengan Israel setelah Tel Aviv mengumumkan rancangan untuk merampas beberapa bahagian di Tepi Barat yang diduduki.
Israel yang mempunyai kuasa sebagai penjajah, mengawal penyeberangan di Tebing Barat dan menghalang rakyat Palestin melakukan perjalanan.
Mereka turut mempunyai pangkalan data lengkap untuk semua warga Palestin.
Yousef Harb, ketua menteri Kementerian Dalam Negeri Palestin, memberitahu agensi berita rasmi Palestin WAFA bahawa “kementerian mengeluarkan semua dokumen yang diperlukan untuk rakyat Palestin termasuk pasport, kad pengenalan dan sijil kematian dan telah mengeluarkan lebih dari 25,000 surat beranak sejak Mei.”
Harb menyatakan bahawa Israel menggunakan tindakan untuk tidak mengesahkan bayi bagi memberi tekanan kepada rakyat Palestin agar bertindak berlebihan terhadap Israel. Ibu bapa yang tidak dapat pergi dengan bayi mereka akan terpengaruh dan terkesan dengan tindakan ini.
“Sikap Penjajah (Israel) melakukan penganiayaan terhadap rakyat Palestin ini bukan sesuatu yang baru,” tambahnya. – Daily Sabah