Terjun Sungai Kerana Panas

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BESUT – Gara-gara tidak mampu menahan bahang panas, seorang lelaki nekad terjun dari Jambatan Sungai Besut.

Tindakan lelaki berusia 56 tahun itu menyebabkan dia terpaksa dibawa ke Hospital Besut untuk menerima rawatan selepas mengadu sakit di bahagian badan akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata lelaki terbabit adalah mangsa yang dikatakan terjatuh dari jambatan sungai pada Rabu lalu.

Menurut Azroy, pihaknya menerima laporan berkenaan keadaan lelaki itu apabila isterinya yang berusia 53 tahun bersama anaknya tampil membuat aduan di Balai Polis Jertih.

Isteri mangsa sebelum ini terlihat berita yang dipaparkan di media sosial dan mendapati waktu kejadian serta ciri-ciri pakaian mangsa adalah sama yang dipakai suaminya.

Susulan itu operasi mencari dan menyelamatkan mangsa yang hilang ditamatkan serta-merta.

Terdahulu, penduduk sekitar gempar apabila seorang lelaki dikatakan terjatuh dari Jambatan Sungai Besut pada Rabu.

Berdasarkan maklumat awal, saksi ternampak mangsa yang memakai baju berwarna kelabu dan berkain sarung berada di jambatan tersebut.

Ketika melepasi jambatan, saksi mendakwa tidak lagi ternampak kelibat mangsa melalui cermin sisi kenderaan dan mengesyaki mangsa terjun dari jambatan.

Dia kemudiannya menghubungi pihak polis dan operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Sumber: AWANI