267,000 Kenderaan Guna LPT2 Semasa Aidilfitri

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA NERUS – Kira-kira 267,000 kenderaan menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dalam tempoh perayaan Aidilfitri bermula Selasa lalu hingga tengah hari tadi.

Bilangan kenderaan paling banyak menggunakan lebuh raya berkenaan ialah pada Khamis lalu, iaitu 68,000 kenderaan.

Pengurus Wilayah LPT2, Ts Suhaimi Samat, berkata bilangan pengguna lebuh raya berkenaan sempena Aidilfitri tahun ini meningkat berbanding tahun lalu dipercayai kerana orang ramai yang mahu pulang ke Kelantan turut menggunakan lebuh raya berkenaan berikutan Jalan Kuala Lipis-Gua Musang ada kerja pembaikan.

Katanya, daripada 267,000, kenderaan menggunakan LPT2 sebelum sambutan Aidilfitri bermula Selasa sebanyak 38,000, Rabu meningkat kepada 58,000, Khamis (68,000) dan Jumaat sebanyak 38,000 kenderaan,” katanya.

Suhaimi berkata, bagi mengelak kesesakan, pihaknya membuka lima laluan masuk ke LPT2 bermula Plaza Tol Jabor, Kemaman berakhir di Plaza Tol Kuala Terengganu, dekat Gemuruh, di sini, berbanding tiga lorong pada hari biasa.

Katanya, kenderaan yang menggunakan LPT2 untuk pulang selepas menyambut Hari Raya ialah 25,000 sehingga jam 1 tengah hari tadi.

“Semalam kenderaan menggunakan lebuh raya ini untuk pulang semula sebanyak 40,000,” katanya.

– BERITA HARIAN