Karnival Beautiful Terengganu 2022 Rancakkan Kembali Sektor Pelancongan Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

HULU TERENGGANU – Karnival Beautiful Terengganu 2022 anjuran Kerajaan Negeri bersama Jabatan Perlancongan Negeri  rancakkan kembali industri Pelancongan Terengganu yang sebelum ini terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh, penganjuran karnival ini dapat memberikan pendedahan kepada pengunjung mengenai kepelbagaian produk dan perkhidmatan perlancongan di Terengganu.

Tambahnya lagi, karnival yang berlangsung selama tiga hari ini turut menjadi satu platform promosi produk-produk yang berasaskan komuniti (CBT) dan Industri Kecil Sederhana (IKS).

“Karnival ini juga menyajikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang ia berlangsung, ini termasuk dengan pertandingan memasak ikan baung, pertandingan bot laju, houseboat berhias, Kenyir Trail, permainan sukan rakyat, pertandingan memancing Tasik Kenyir”

“Dan antara acara utama yang dinantikan adalah persembahan malam di Tasik Kenyir ini, pertunjukan bunga api, Pancutan Air Berirama, Aqua Light and Sound Show”, beliau berkata demikian ketika upacara perasmian Karnival Beautiful Terengganu 2022.

Beliau hadir pada majlis perasmian tersebut mewakilkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin bin Deraman serta turut dihadiri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato’ Harun.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM