Kelantan FC, JDT II Kongsi Mata

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Kelantan FC gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila terikat 1-1 menentang Johor Darul Ta’zim FC II (JDT II) pada aksi Liga Perdana, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, petang tadi.

Babak pertama bermula baik apabila tuan rumah memperoleh gol pertama hasil sepakan penalti, Norshamil Abd Ghani pada minit ke 20. Penalti diberikan kepada tuan rumah selepas bola terkena tangan pemain pertahanan JDT II, Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri.

Tersentak dengan gol itu, pelawat cuba bangkit menyamakan kedudukan menerusi beberapa percubaan. Persembahan bertenaga Kelantan tercalar apabila import, Jasmir Mehat menerima kad kuning kedua sehingga diperintah keluar padang pada minit ke 36.

Ketiadaan Jasmir, memaksa skuad Kijang Mmerah memerah keringat dengan 10 pemain. Peluang terhidang buat skuad Harimau Selatan apabila pemain muda, Daryl Sham Georger menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan menewaskan penjaga gol Kelantan, Nik Mohd Amin Ahmad.

Gol penyamaan minit ke 50 meranapkan impian 7,000 penonton untuk melihat skuad Kijang Merah meraih tiga mata berharga. Keputusan seri kekal hingga tamat perlawanan dengan kedua pasukan berkongsi satu mata.

Sumber: BERITA HARIAN