Pernah atau tidak anda terfikir mengenai jurang kewangan yang berlaku di dunia global hari ini, terutama antara golongan kayangan serta golongan yang berada di bawah paras kemiskinan?
Menurut kajian, terdapat lebih dari 1 bilion orang miskin di seluruh dunia yang hidup dengan hanya $ 1 sehari dan lebih separuh daripada populasi global bertahan dengan pendapatan kurang dari $ 10 sehari.
Sejak lebih dari 1400 tahun yang lalu, Al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW menetapkan kewajiban bagi semua umat Islam untuk menjaga orang miskin dan yang memerlukan. Dan salah satu rukun Islam adalah kewajiban membayar zakat bagi golongan yang mampu pada kadar 2.5%.
Salah satu jenis zakat ialah zakat fitrah yang perlu dibayar pada Bulan Suci Ramadhan. Pentingnya zakat fitrah ini sehingga puasa orang yang berpuasa tidak akan diterima sehingga dibayar zakat fitrah tersebut.
Pembayaran zakat memberi banyak kebaikan kepada pembayar apatah lagi orang yang bakal menerimanya. Antara 3 kebaikan membayar zakat ialah :
Menyucikan Kekayaan & Mempertingkatkan Keimanan
Definisi perkataan zakat bermaksud menyucikan kekayaan.Tetapi bukanlah ia bermaksud anda perlu mencuci wang atau ringgi mahupun wang syiling anda secara fizikal.
Definisi zakat ini memberi maksud bahawa dengan menderma kepada mereka yang memerlukan, anda sebenarnya “menyucikan” harta anda dengan cara menghilangkan rasa kedekut dan keserabutan yang ada dalam diri anda.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Quran :
Percayalah kepada Allah dan Rasul-Nya dan belanjakanlah dari apa yang Dia jadikan anda pengganti. Bagi mereka yang telah mempercayai antara anda dan menghabiskan, akan ada pahala yang besar. (Quran 57: 7)
Setelah harta disucikan, anda akan merasakan ketenangan memenuhi hak Allah. Setiap harta yang dikurniakan Allah bukanlah diperolehi kerana kehebatan kita, namun kerana izin yang dikurniakan Allah.
Semua yang dikurniakan adalah satu pinjaman dari Nya, Justeru, Orang miskin dan miskin juga mempunyai hak atas harta anda melalui pembayaran zakat.
Meningkatkan Kekayaan
Anda tidak akan rugi dan segala-galanya dapat diperoleh ketika bersedekah. Membayar zakat tahunan adalah rahmat dan berkat dari Allah SWT kerana ia bukan sahaja menambah kekayaan anda tetapi juga salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
Sabda Nabi Muhammad SAW :
Dua malaikat turun setiap pagi, dan seorang berkata: ” Ya Allah, berikanlah dia yang membelanjakan sesuatu, sebagai ganti dari apa yang dia belanjakan.” Yang lain berkata: ‘Ya Allah, binasakanlah orang yang menahannya. (Al-Bukhari)
Apa sahaja yang anda sedekahkan, ia akan kembali kepada anda melalui pelbagai cara. Yang paling penting, setiap kali anda menghulurkan bantuan kepada yang kurang bernasib baik, anda menjadi lebih dekat kepada Allah melalui sikap suka memberi ini.
Kadar zakat sebenarnya sangat kecil dan bahkan tidak akan menjejaskan kekayaan kebanyakan umat Islam. Namun, janganlah sekali-kali kita mengabaikan pembayaran zakat ini, kerana bimbang lama kelamaan sifat malas dan kedekut mula hadir dan akan berkekalan sehingga ke akhirnya.
Khidmat Sosial Komuniti
Bagi orang-orang Islam yang konsisten melakukan pembayaran zakat, anda telah melaksanakan satu tindakan yang mulia dan tindakan anda sebenarnya telah menolong ramai golongan yang sangat memerlukan.
Dengan hasil wang zakat yang dibayar oleh sekalian umat Islam, terhadapat kehidupan orang lain yang berubah kepada lebih baik hasil daripada wang zakat tersebut.
Ada yang dapat membeli makanan, ada yang menggunakan wang tersebut untuk menjadi modal perniagaan, ada yang menggunakan untuk menyara diri menuntut ilmu. Semuanya untuk manfaat kebaikan semata-mata.
Apabila berlakunya perubahan hidup seorang individu, maka hidup setiap masyarakat juga akan berubah kerana individu adalah sebahagian daripada kolektif masyarakat. Individu yang baik, akan membawa kepada perubahan komuniti yang baik.