Kematian Syeikh Ali Jaber telah mengejutkan orang yang mana bukan sahaja Indonesia yang berduka terhadap pemergiannya, bahkan warga Palestin turut berduka atas kematiannya. Di luar negara, Masyarakat Palestin turut solat jenazah ulama ini dan turut menangisi pemergian Syeikh Ali Jaber.
Siapakah Syeikh Ali Jaber?
Nama penuh Syeikh Jaber ialah Ali Saleh Muhammad Ali Jaber. Syekh Ali Jaber dilahikan di Madinah, Arab Saudi pada 3 Februari 1976. Berdasarkan tarikh tahun hijriah, beliau lahir pada 3 Safar 1396 H. Beliau merupakan anak sulung dari 12 adik-beradik. Semua adik beradiknya merupakan penghafal Al-Quran. Sejak kecil lagi beliau telah mendapat bimbingan agama dari bapanya yang merupakan merupakan seorang penceramah agama. Dari sosok tubuh Ulama’ ini, banyak yang boleh kita teladani iaitu antaranya :
- Sifat Kepimpinan & cintakan ilmu
Pada umur 10 tahun, Syekh Ali Jaber telah berjaya menghafal 30 juzuk Al-quran. Pada mulanya, menghafal quran adalah dorongan daripada bapanya. Namun selepas itu, beliau mula mencintai Al-Quran dan ingin mempelajari lebih lanjut atas dasar keinginannya sendiri. Ketika usia 13 tahun, Syekh Ali Jaber diamanahkan untuk menjadi imam Masjid di salah satu Masjid Kota Madinah. Di usia yang muda sekali, beliau telah menunjukkan kelayakannya menjadi pemimpin. Sebelum menjadi pendakwah yang terkenal hari ini, beliau telah beguru dengan beberapa orang guru termasuklah bapanya yang merupakan guru pertama beliau.
2. Sifat sabar yang luar biasa
Pada bulan September 2020, Syeikh Ali Jaber pernah ditikam oleh individu yang tidak dikenali, semasa memberi ceramah di Masjid Falahuddin Lampung. Tikaman itu telah menyebabkan beliau terkena 10 jahitan. Sifat sabar Syeikh Abdul Jaber telah memaafkan si penikam yang telah menikam badannya itu tanpa ada sekelumit rasa marah dan dendam. Bahkan beliau pula yang kesal kerana tidak mampu untuk menolong penikam tersebut dari terkena hukuman mahkamah.
3. Sifat berdakwah
Jikalau kita pehatikan, Syeikh Abdul Jaber berdakwah melalui akhlak. Oleh itu, tidak hairan apabila beliau terkenal sebagai seorang pendakwah yang tawadhu’. Beliau sangat bersungguh-sungguh untuk berdakwah di negeri Indonesia meskipun negara itu bukanlah negara asalnya. Pada tahun 2008, beliau mula berpindah ke Lombok Indonesia yang merupakan negeri isterinya.
Di Indonesia, beliau berdakwah masyarakat di sana dengan mengajarkan Al-Quran, menjadi Imam Solat, dan khatib masjid. Kemudiannya, beliau berkeliling di seluruh Indonesia untuk berdakwah dan memberi ceramah.
Beliau penah mencium kaki seorang budak lelaki bernama Naja kerana perhormatannya terhadap budak lelaki tersebut yang mampu mengingati Al-Quran dengan baik dan tepat meskipun keadaan budak lelaki itu lumpuh otak.
Ketika masih hidup, Syeikh Ali Jaber sentiasa mengingatkan rakyat Indonesia untuk terus mengingati bangsa Palestin yang masih dijajah serta mengalami krisis kemanusiaan. Oleh sebba itu, rakyat Palestin turut merasa kehilangan akan pemergian sosok pendakwah ini.