Dalam beberapa hari lagi, kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadan. Walaupun tempoh tersebut merupakan waktu untuk mengawal dan bermuhasabah diri, ia juga sinonim dengan penghargaan pelbagai jenis makanan.
Untuk bertahun-tahun lamanya, ramai yang telah merujuk kepada Google untuk resepi-resepi bagi hidangan-hidangan buka puasa, hidangan-hidangan bufet dan juadah-juadah Raya, jadi mari kita lihat apakah lauk, pencuci mulut dan kuih Raya kegemaran Malaysia ketika musim yang akan datang ini berdasarkan carian-carian di Google Malaysia sepanjang beberapa tahun yang lepas.
Mari kita cuba 3 resepi paling popular di Google sempena sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
#1 Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
1/2 ayam
Secubit serbuk kunyit
Bahan-bahan untuk dikisar:
4-5 keping cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sebiji bawang merah
Sebiji tomato (dipotong kiub)
1/2 cawan sos tomato
Langkah-langkah:
- Cuci ayam dan potong ke beberapa bahagian kecil.
- Perap ayam didalam serbuk kunyit dan goreng sehingga ia 2/3 masak.
- Tidak termasuk tomato yang dipotong dan sos tomato, tumis hingga naik minyak.
- Masukkan ayam dan biarkan sehingga sos menjadi pekat.
- Masukkan bahan-bahan hiasan dan biar reneh selam 1-2 minit. Hidangkan.
Foto – iResipi.com
#2 Kek Coklat
Bahan-bahan:
Sepaket biskut krim coklat
100 ml susu coklat
Langkah-langkah:
- Sebatikan biskut
- Tuang susu coklat kedalam adunan biskut dan kacau sehingga sebati dan rata.
- Tuang adunan kedalam dulang.
- Kukus selama 20 minit pada suhu rendah.
Foto – Epicurious
#3 Biskut Nestum
Bahan-bahan:
250 gm mentega
120 gm gula aising
250 gm tepung gandum
130 gm tepung jadung
60 gm serbuk kacang badam
40 gm serbuk Nestum
1 sudu teh intipati vanila
Ceri merah – dihiris halus untuk hiasan
1 biji kuning telur – untuk hiasan
Langkah-langkah:
- Masukkan mentega, gula aising dan intipati vanila kedalam pengadun dan adun sehingga sebati.
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kacang badam dan Nestum. Uli sehingga doh lembut.
- Ambil secubit doh, uli menjadi bentuk bola dan tekan menggunakan garfu / kedalam acuan biskut kegemaran anda. Ulang sehingga doh habis.
- Letakkan biskut keatas dulang yang telah disapu mentega.
- Salut biskut-biskut dengan telur kuning dan hias dengan ceri merah atau bahan hiasan lain mengikut citarasa.
- Letakkan dulang kedalam ketuhar pada suhu 175 darjah celcius dan bakar selama 20 minit atau perang keemasan.
Foto – Epicurious
Sebulan ini dah tiba masanya untuk ‘berperang’ di dapur!
Sumber : Wanista.com