300 Penduduk Marang Terima Dana Ramadan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

MARANG – Seramai 300 penduduk di daerah ini terpilih menerima dana Ramadan berupa pemberian secara langsung daripada Ahli Parlimen Marang. 

Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berharap agar bantuan tersebut dapat meringankan beban mereka yang memerlukan di bulan Ramadan ini.

Katanya selain dana tersebut, turut diagihkan adalah bantuan berupa barangan keperluan hasil sumbangan pelbagai pihak. 

“Inilah kelebihan yang ada pada orang Islam yang tak ada pada orang bukan Islam. Yang senang, bersyukur kepada Allah taala dan mendapat pahala syukur. Dan yang susah bersabar menghadapi kesusahan dan mendapat pahala sabar.

“Bagi pihak Parlimen Marang, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi bantuan dan semoga Allah taala menggandakan pahala dan kelebihan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan dan Dana Ramadan Parlimen Marang di Dewan MPKK Rhu Rendang, baru-baru ini.

Abdul Hadi turut menyeru kepada masyarakat agar memanfaatkan bulan mulia ini bukan sahaja meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadat tetapi juga gerak kerja kebajikan serta jihad.

“Marilah kita melafazkan kesyukuran kerana diberi kesempatan menjadi tetamu Allah SWT pada bulan Ramadan, dihidangkan dengan amal ibadah dan kerja-kerja kebajikan, memberi sumbangan dan tolong menolong antara satu sama lain,” tambah beliau.

Sumber: TRDI News