PELITUP muka sudah menjadi sebahagian daripada aksesori wajib setiap kali keluar dari rumah sejak wujudnya pandemik Covid-19.
Tidak hanya tertumpu kepada pelitup wajah biasa, ramai mula mencari rekaan yang sesuai dengan identiti masing-masing agar tampak lebih bergaya.
Atas dasar itu juga telah memberikan idea kepada Kingston Technology untuk mengadakan satu pertandingan mencipta pelitup muka melibatkan seluruh negara di Asia Pasifik.
Mengangkat tema ‘There’s Strength in Memory’, Kingston mengajak orang ramai untuk menonjolkan kreativiti mereka menerusi rekaan pelitup muka.
Inisiatif ini turut mendapat penyertaan 3,000 peserta yang menghasilkan karya yang menggambarkan kreatifi atau memori mereka tentang kehidupan.
Ini termasuklah memvisualkan memori mereka tentang interaksi terhadap manusia, persitiwa kehidupan termasuk renungan terhadap 2020 yang telah berubah.
Tidak cukup itu, ada juga yang menghantar rekaan berkonsepkan ikatan kekeluargaan, penghargaan terhadap alam sekitar dan memori ketika kanak-kanak.
Bagi peserta dari Malaysia, Lilo Jong, dia menggambarkan ikatan kekeluargaan dalam rekaannya sebagai penghargaan dan peringatan tentang kepentingan sebuah keluarga ketika pandemik.
Orang ramai juga berpeluang mengundi rekaan kegemaran mereka dan pelitup muka itu akan berada di pasaran.
Sumber: mStar