3165 Unit Rumah Berjaya Diagihkan Kerajaan Negeri Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BESUT – Sehingga hari ini, sebanyak 3165 unit rumah telah berjaya diagihkan oleh kerajaan negeri Terengganu kepada rakyat negeri ini selaras dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030).

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perumahan) , Nor Sophia Azura Mohd Husin berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada sasaran kerajaan negeri bagi menyiapkan 20 ribu unit rumah bermula tahun 2018 hingga 2023.

“Yang sedang dalam pembinaan 12,660 unit, dan dalam perancangannya adalah 4835 unit rumah, tetapi sehingga akhir tahun ini, projek yang dalam pembinaan ada yang akan siap dan juga ada yang akan diagihkan”.

“Projek yang akan siap dan akan diagihkan adalah yang pertama Rumah Mampu Milik (RMM) Tok Jembal sebanyak 160 unit, RMM Tempinis sebanyak 100 unit, RMM Gong Cengal 2 sebanyak 200 unit, Rumah Sejahtera di Mak Kemas, Marang sebanyak 50 unit, Penempatan Semula Nelayan di Besut 50 unit, Penempatan Semula Nelayan di Pulau Sekepeng, Kemaman dan akhir sekali PPR Bukit Nenas yang telah siap sebanyak 500 unit”.

“Ini adalah projek-projek yang bakal kita agihkan paling lambat pun akhir tahun ini, projek ini telah siap”, beliau berkata demikian kepada pemberita di Perumahan Rumah Mampu Milik Tempinis, Besut.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Negeri Terengganu turut berkerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam menyediakan 266 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR Rahman) di atas tanah sendiri sehinga tahun ini.

– UNIT BERITA MANIS FM