320 Unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) Dibina di Terengganu Tahun Ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 320 unit perumahan Rumah Mesra Rakyat (RMR) RAHMAN akan dibina di seluruh Terengganu bagi tahun 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr. Haji Alias Razak berkata, ia merupakan jumlah keseluruhan yang diperuntukkan Kerajaan Negeri iaitu 10 unit bagi setiap DUN di seluruh negeri Terengganu.

“Kita telah menerima sebanyak 1,859 permohonan yang telah dibuka daripada 17 Oktober 2021 sehinggan 28 Februari 2022 menerusi sistem ePerumahan di laman sesawang eperumahan.terengganu.gov.my.”

“Kesemua permohonan kini berada di peringkat siasatan oleh Jawatankuasa Pemilihan Peringkat daerah (JPPD) Pemilihan Daerah (JPPD) dimana seramai 320 peserta akan dipilih bagi mendapat pembiayaan i-RAHMAN bagi pembinaan RMR RAHMAN 2022”, katanya dalam ucapan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR RAHMAN) antara Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bersama Kerajaan Negeri Terengganu.

Pembinaan RMR RAHMAN dengan jalinan SPNB dan Kerajaan Negeri Terengganu ini juga akan mendapat subsidi daripada Kementerian Kewangan Malaysia sebanyak RM 20,000 bagi setiap rumah yang akan dibina.

Program RMR di bawah SPNB ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Kos yang akan ditanggung oleh pemohon yang layak adalah berjumlah RM 55,000.00 dengan bayaran balik bulanan RM286.00 sebulan selama 15 tahun tanpa sebarang faedah.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM