36,739 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Pahang Setakat 8 Pagi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini meningkat kepada 37,739 orang melibatkan 10,228 keluarga setakat 8 pagi hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata ini kesemua mangsa dipindahkan ke 280 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan sembilan daerah.

“Di Kuantan, seramai 21,489 mangsa daripada 5675 keluarga telah dipindahkan ke 68 PPS yang ada, Temerloh 6,972 mangsa daripada 1,912 keluarga dipindahkan ke 67 PPS dan Lipis 2,084 mangsa daripada 639 keluarga dipindahkan ke 35 PPS.

“Raub 1,950 mangsa daripada 574 keluarga dipindahkan ke 35 PPS, di Jerantut 1,795 mangsa daripada 493 keluarga dipindahkan ke 30 PPS, dan Pekan 1,131 mangsa daripada 301 keluarga dipindahkan ke 15 PPS.

“Di Bentong 1,044 mangsa daripada 271 keluarga dipindahkan ke dua PPS, Bera 860 mangsa daripada 247 keluarga dipindahkan ke 13 PPS, dan Maran 468 mangsa daripada 116 keluarga dipindahkan ke 15 PPS setakat ini,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 23 jalan di enam daerah ditutup setakat pagi ini disebabkan banjir dan juga tanah runtuh.

“Di Jerantut, jalan yang ditutup adalah Jalan Link Kota Gelanggi, Simpang Batu Embun-Sempadan Kuala Lipis, Simpang Batu Embun, Jalan Bukit Puas-Gintong, Jalan Pulau Tawar-Durian Hijau, Jalan Sungai Lekok-Jerangsong, Jalan Ulu Retang-Merting, dan Jalan Sungai Yap-Pasir Tambang.“Di Raub pula ialah di Jalan Sengkela-Chenua, Bentong-Gua Musang, dan Jalan Ulu Renggol. Di Bentong ialah di Jalan Karak-Simoang Pelangai, dan Jalan Utama Mempaga.

“Di Maran, di Jalan Serengkam, Jalan Jerantut-Maran, dan Jalan Utama Jengka Utara/Selatan. Di Lipis di Jalan Bukit Kota-Aur Gading, dan Jalan Kuala Lipis-Jerantut. Manakala di Kuantan ialah di Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan-Endau, Jalan Air Hitam-Kampung Teluk Mahang, Jalan Panching Utara, dan Jalan Kuala Lumpur-Kuantan,” katanya.

Sumber – PAHANGMEDIA