SHAH ALAM: Seramai 37 mangsa meninggal dunia akibat banjir di seluruh negara, sehingga pagi ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata 10 lagi mangsa masih hilang serta operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. hari ini.
Katanya, tujuh negeri masih terjejas hari ini dengan Pahang yang paling teruk terkesan.
“Setakat pagi ini, 68,341 mangsa banjir direkodkan di pusat pemindahan sementara seluruh negara,” katanya di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata, tujuh laporan polis diterima berhubung kejadian pecah masuk premis perniagaan di Selangor.
Sumber: Berita Harian