Masjid di Belanda menjadi sasaran serangan Islamofobia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Akibat Islomofobia yang melanda di Belanda, masjid Ulu di wilayah Utrecht Belanda, telah diserang oleh pihak yang membenci Islam. Masjid ini berhubung dengan Yayasan Diyanet Holland (HDV)

Laporan yang dinyatakan oleh pihak pengurusan masjid menyatakan, selain tulisan penghinaan untuk warga Muslim yang ditulis di pintu masuk dan dinding masjid, terdapat juga lukisan lambang salib.

Reaksi dari tindakan ini dibalas dengan menyatakan meskipun serangan ini agak menyedihkan dan kata-kata kebencian mencetuskan rasa takut serta kegelisahan terhadap masyarakat, yayasan itu akan tetap bersatu dan meneruskan khidmatnya. Pihak yayasan mengutuk semua bentuk keganasan yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Kenyataan bertulis itu turut memetik bahawa dua pusat ibadat yahudi juga diserang pada malam yang sama di daerah yang sama.

“Kita harus berhati-hati bahawa terdapat orang yang sangat beremosi dan sangat benci akan Islamdan mereka berkemungkinan akan melakukan serangan yang serius.

Oleh itu, kami mendesak Kementerian Kehakiman dan Keselamatan untuk mengambil langkah-langkah penjagaan di sekitar masjid, ”kata kenyataan itu.

Menurut media tempatan, pihak polis telah menangkap seorang lelaki berusia 44 tahun tetapi tidak pasti sama ada dia melakukan tiga serangan itu secara bersendiri.

Masjid sering dilemparkan dengan kotoran najis, danterdapat juga serangan yang berbeza-beza. Ada beberapa pelaku telah menggunakan bahan letupan, manakala ada pelaku yang menconteng simbol keganasan dengan cat semburan dan simbol penghinaan di masjid.

Kebencian terhadap masjid dan umat Islam telah meningkat di seluruh Eropah dalam beberapa tahun terakhir. Umat Islam di negara ini menuntut langkah keselamatan yang lebih baik dari pemerintah.