4 Sebab Anda Kena Kurangkan Makan Roti Selepas Ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Roti paling mudah didapati, dimakan dan disediakan. Malah ia juga amat sedap dan boleh dijadikan makanan tak kira waktu sebagai sarapan, makan tengahari mahupun malam. Ada daripada menggantikan nasi dengan roti kerana percaya ia lebih menyihatkan dan dapat menjaga bentuk badan.

Diperbuat daripada tepung dan air yang diuli bersama sehingga membentuk doh kemudian dibakar. Kini terdapat pelbagai jenis roti yang dicampur dengan bahan lain seperti buah-buahan, bijirin, kekacang dan bermacam lagi.

Bukan ingin menakut-nakutkan si penggemar roti tapi ada baiknya untuk berhenti seketika dari mengambil roti. Setiap pemakanan yang tidak terkawal punya kesan sampingan yang kita tidak sedari. Jom selidik apa sebabnya untuk anda kurangkan makan roti.

#1 Tinggi kandungan gula

Bahan-bahan dalam menyediakan sepaket roti mengandungi gula atau tinggi sirap fruktosa gula. Selain pemanis dengan produksi pembuatan roti yang lebih cepat menggunakan bahan pegawet ia memberi kesan pada peredaran insulin dalam badan. Kesan insulin yang keluar terlalu cepat boleh menganggu kandungan gula dalam darah dan menyebabkan anda terasa lebih cepat lapar berbanding biasa. Sebab itu ada yang makan roti tak kenyang-kenyang.

Foto – Dreamstime.com

#2 Rendah nutrisi

Protein, vitamin, kalsium dan mineral tiada ada dalam roti selain karbohidrat. Jadi apa kebaikan roti dapat beri anda jika tidak diambil dengan sumber makanan yang lain? Roti penuh gandum juga mengurangkan penyerapan nutrisi dari makanan lain.

Foto – Time Out

#3 Kesan gluten

Kandungan gluten dalam roti boleh memberi reaksi negatif kepada mereka yang sensitif terhadapnya. Bila anda mengambil roti tanpa bebas gluten, sistem imunisasi anda boleh terganggu, cepat kepenatan, masuk angin dan sistem penghadaman tidak baik.

Foto – Google

#4 Berat badan bertambah!

Niat nak makan roti supaya berat badan turun tapi jadi makin naik pula. Memang ada yang mengamalkan diet roti sehingga berat badan mereka boleh turun namun ia tidak efektif. Anda kurus namun kekurangan nutrisi dan kemungkinan tinggi kolesterol. Malah terlalu banyak ambil karbohidrat boleh buat berat badan anda tidak konsisten.

Pelbagaikan pengambilan makanan anda, jangan tertumpu pada satu sumber sahaja.

Sumber : Wanista.com