45 jalan di Terengganu ditutup

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 45 jalan yang dinaiki air ditutup kepada semua kenderaan di negeri ini sejak semalam.

Setakat jam 8 pagi tadi, daerah Besut merekodkan paling banyak jalan ditutup kepada, iaitu 16 jalan.

Jalan yang ditutup ialah Jalan Jertih-Kuala Besut di Kampung Cawat-Kampung Nail dinaiki air sedalam satu meter (m) dan Kampung Nangka (1.2m), manakala Jalan Bulatan Che Salamah-Kampung Raja di Sekolah Kebangsaan (SK) Tembila (0.2 m) dan Kampung Tembila (1m).

Jalan Jertih-Keruak di Kampung Batu 13 (1.20 m), Jalan Pelagat/Lata Tembakah di Kampung Padang (0.76m), Jalan Bawah Jambatan Jertih (1.20m), Jalan Tok Sabah/Gertak Seratus Kampung Tok Sabah.

Selain itu, Jalan Tok Dak/Air Putih/Batu Tumbuh di Kampung Lapan Kotak (0.70m); Jalan Jawek/Tok Raja/Alur Lintah; Jalan Renek/Tembila; Jalan Bukit Kenak/Gong Terap; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nering/Nyor Tujuh; Jalan Kuala Kubang/Lata Belatang; Jalan Masuk Kolam Air Panas La dan Jalan Air Panas La/Felda Tenang.

Di Hulu Terengganu sebanyak 13 jalan ditutup kepada semua kenderaan, iaitu Jalan Batu 24- Pengkalan Ajal di Kampung Pasir Pelata dinaiki air sedalam 0.90 m; Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong di Bukit Tadok (0.85m); Jalan Kg Pueh- Tapah-Payang Kayu-Baung-Kuala Ping di Felcra Bukit Kepah (0.76m); Kampung Pelam/Bukit Lawang (0.80m).

Selain itu, Jalan Bukit Perah/KampungJak/Kuala Kejir (1.30m); Pangkalan Ajil-Kuala Berang di tempat pelupusan sampah (0.76m) dan Kampung Paya Besar (1m); Jalan Simpang Gaung-Sungai Tong di Kampung Teris (1m); Jalan Bukit Diman-Tersat di Kampung Pengkalan Ajal (1.75m) dan Jalan Kuala Berang-Sekayu-Belukar Bukit- Felda Mengkawang.

Di daerah Dungun sebanyak 13 jalan ditutup, iaitu Jalan Tepus-Kuala Jengal di Sungai Cemuak (0.80m), sebelum jambatan besar Kampung Minda Talong (0.76m) dan berhampiran loji air Tepus (0.80m); Jalan Kampung Wa-Jerangau selepas SK Kampung Wa (0.80m).

Jalan Tok Kah Jerangau berhampiran tapak sangkar ikan (0.76m); Jalan Durian Mentangau di Jambatan Durian Mentangau (0.80m); Jalan Padang Ping berhampiran tempat lumba kuda (0.80m); Jalan Nerang Jerangau di simpang tiga kedai runcit selepas jambatan Jerangau (0.80m); Jalan Besor Lama Rantau Panjang di simpang tiga Kampung Panjang ke Besor (0.80m).

Jalan Che Lijah di Kampung Pulut (0.80m) dan selepas padang getah (0.80m); Jalan Jerangau Sungai selepas ladang getah (0.80m) dan Jalan Kuala Terengganu – Kuantan di Kampung Nyior (0.70m).

Di Kemaman membabitkan tiga ,iaitu Jalan Cukai-Air Putih menghala jalan keluar Tol Cukai ke Pasir Gajah (0.78m); Teladas-Air Putih di jambatan lama Teladas (0.05m) dan Pelatoh -Lubuk Lesong di Kampung Pelantoh (1m).

Dua jalan ditutup di daerah Kuala Nerus membabitkan Jalan Tepoh-Wakaf Mesira di Kampung Tepoh (1m) dan Kuala Teregganu-Kota Bharu di tempat pelupusan sampah Sungai Ikan (0.90m).

Sumber: BERITA HARIAN