47 Pusat Pemindahan Masih Dibuka di Pahang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Sebanyak 47 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Pahang yang menempatkan 1,820 mangsa daripada 549 keluarga setakat jam 8 pagi ini.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memaklumkan jumlah itu membabitkan mangsa banjir daripada sembilan daerah iaitu Pekan, Temerloh, Raub, Lipis, Bera, Maran, Rompin, Jerantut dan Kuantan.

Sementara itu, tiga sungai di Pahang masih merekodkan bacaan melepasi paras bahaya, masing-masing satu di Jerantut, Bera dan Pekan setakat jam 8 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai terbabit ialah Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut yang merekodkan 45.20 meter (m) berbanding paras bahaya 45m.

Turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera dengan catatan 32.96m berbanding 30.50m dan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan yang merekodkan 16.21m berbanding 14.90m.

Selain itu, enam sungai mencatatkan bacaan melebihi paras amaran manakala paras waspada pula membabitkan sembilan sungai.

Sumber: BERITA HARIAN