50,000 Botol Air Buat Penduduk Terjejas Banjir

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA BERANG – Penduduk di Hulu Terengganu yang berdepan gangguan air untuk membersihkan sisa banjir diberi air galian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong Datuk Rozi Mamat berkata, sejumlah 50,000 botol air jenis itu diagihkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan kepada penduduk yang tidak berpindah ke PPS sejak Ahad lalu.

“Penduduk yang terputus bekalan air bersih dan memerlukan bantuan diminta menghubungi pejabat penyelaras DUN Telemong,” katanya yang ditemui selepas mengagihkan bekalan itu di bandar Kuala Berang, di sini.

Mengenai dakwaaan penduduk yang tidak menerima air bersih selama empat hari, beliau berkata, siasatan mendapati 300 kotak mengandungi 3,600 botol air bersaiz 1.5 liter sudah dihantar ke Bukit Perah, Ajil.

Katanya, laporan daripada Syarikat Air Terengganu juga memaklumkan penghantaran air bersih ke Kampung Peris sudah dilakukan sejak Ahad lalu.

Sumber: HARIAN METRO