537 Mangsa Banjir Dipindahkan di Lima Daerah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada 537 mangsa daripada 160 keluarga yang ditempatkan di lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang dalam satu kenyataan berkata, ia membabitkan lima buah daerah iaitu Lipis, Temerloh, Bera, Jerantut dan Raub.

“Di Daerah Lipis membabitkan seramai 79 mangsa daripada 29 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Lubuk Kulit dan PPS Masjid Beletik.

” Temerloh pula seramai 380 mangsa daripada 113 keluarga yang ditempatkan di PPS Seri Semantan dan di Bera seramai 25 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS SK Seri Buntar.

“Selain itu di Jerantut pula melibatkan seramai 34 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Kg Sempadan dan PPS SK Batu Balai manakala di Raub membabitkan 19 keluarga daripada empat keluarga ditempatkan di PPS SK Ulu Tok,” kata kenyataan itu hari ini.

– PAHANGMEDIA