558 Bakul Makanan Buat Penduduk Dikenakan PKPD

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

JERANTUT, 3 SEPTEMBER 2021 : Sebanyak 558 bakul makanan diserahkan kepada Penduduk FELDA Kota Gelanggi 2 yang dikenakan PKPD bermula 25 Ogos lalu hingga 7 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan, dan Hal Ehwal Pengguna, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah beliau berkata, bakul makanan di bawah program Bantuan Prihatin Pahang itu diharap dapat meringankan beban mereka yang terlibat.

“Kita tahu penduduk di kawasan berkenaan sudah pastu tidak boleh keluar untuk mendapatkan bekalan makanan semudah sebelum dikenakan PKPD.

“Jadi bantuan di bawah ilham YAB Menteri Besar Pahang ini sendiri telah membawa usaha untuk membantu setiap lapisan rakyat yang terjejas terutamanya pada musim pandemik ini,” katanya.

Turut sama pada majlis penyerahan bakul makanan berkenaan ialah Pengarah Wilayah Felda Jengka, Encik Mohd Termizi Lee; Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Dato’ Ridzuan Mansor; Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut, Dato’ Mohd Zukarmi Abu Bakar; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Encik Fasal Jamlus; Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut, Puan Faezah Ishak serta kepimpinan setempat.

Sementara itu, pada hari yang sama juga Dato’ Nazri Ngah yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Tawar turut berkesempatan menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kepada Ketua Pemimpin Masyarakat Felda Di Negeri Pahang

Penyerahan yang dilakukan di Dewan Terbuka Mat Kilau, Pulau Tawar itu turut dihadiri 59 orang penerima terdiri daripada pemimpin masyarakat di bawah Felda Wilayah Jengka.

Dalam pada itu beliau berharap supaya usaha berterusan yang dilakukan dapat meringankan beban kepada semua golongan yang di pilih sebagai penerima.

“Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk pastikan rakyat berada dalam keadaan baik dan dapat menjalani hidup seperti biasa walaupun terpaksa ‘bergelut’ dengan cabaran pandemik.

“Saya juga berharap agar semua orang dapat menjaga keselamatan diri dalam keadaan angka kes yang meningkat saban hari selain berdoa agar kehidupan akan bertambah lebih baik dan dijauhi daripada penyakit ini,” katanya.

Sumber: PAHANGMEDIA