573 Kes Penipuan, Lebih RM50 Juta Kerugian di Kuala Terengganu – Polis

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis menerima 573 laporan berhubung kes penipuan melibatkan kerugian lebih RM50 juta di daerah Kuala Terengganu sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisoner Azli Mohd Noor berkata, jumlah itu mencatatkan sedikit penurunan iaitu 1.2 peratus berbanding 580 kes dengan jumlah kerugian melebihi RM100 juta pada tahun lepas.

Beliau berkata, kes penipuan tertinggi melibatkan pembelian dalam talian atau e-dagang dengan 120 kes, diikuti sindiket penipuan melalui telefon atau phone scam (113 kes) dan pelaburan tidak wujud (94 kes).

“Kes penipuan lain termasuk pinjaman tidak wujud (63 kes), love scam atau parcel scam (14 kes) dan pinjaman wang tidak berlesen (enam kes). Ia juga melibatkan lain-lain jenayah komersil (67 kes) dan lain-lain kes tipu (96 kes),” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sehubungan itu, Azli menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan taktik penipuan yang pelbagai dan licik terutama di media sosial.

– Bernama