60 pelarian hilang di laut Tunisia akibat bot karam

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Pelarian yang menaiki bot kayu diselamatkan peronda Tentera Laut Tunisia. – Gambar Reuter

Lebih 60 pelarian dari negara sub-Sahara hilang di laut Tunisia sejak Sabtu, selepas dua kapal dalam perjalanan ke Eropah karam, kata pihak berkuasa tempatan dan Palang Merah.

Tunisia dan jirannya Libya adalah dua pusat utama pelarian menaiki kapal dengan kadar bayaran tertentu untuk melintasi perairan Afrika Utara ke negara-negara Eropah, terutama Itali.

Dalam tempoh Januari hingga Jun lalu pertubuhan antarabangsa mengenai pelarian melaporkan 880 individu terbunuh dalam usaha untuk tiba di Eropah dari Afrika Utara.

Sejak awal musim panas lalu, jumlah pelarian yang cuba menyeberangi lautan menggunakan kapal meningkat susulan keadaan cuaca yang baik dan keadaan laut yang lebih tenang, namun jumlah mereka yang hilang juga turut bertambah.

Semalam sahaja pengawal pantai Tunisia menemukan 21 mayat pelarian di perairan negara itu selepas sebuah bot pesah dan tenggelam pada Ahad tidak jaug dari bandar pelabuhan Sfax.

“Dua puluh satu mayat pelarian ditemukan di laut selepas bot mereka karam 4 Julai lalu manakala 50 lagi diselamatkan,” kata jurucakap Pengawal Kebangsaan, Houcem Eddine Jebabli.

Katanya semua pelarian itu adalah dari negara sub-Sahara yang cuba menuju ke Eropah.

Pada Sabtu, Pertubuhan Bulan Sabit Merah Tunisia melaporkan 43 pelarian hilang apabila bot membawa lebih 120 orang tenggelam di perairan berhampiran Zarzis.

Sebanyak 84 daripada mereka diselamatkan dan mereka dikatakan dapatng dari perairan Libya. – Agensi

Sumber: Agenda Daily