61.1 peratus populasi dewasa lengkap vaksin

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 14,297,962 individu atau 61.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter, memaklumkan penerima dos pertama pula adalah sebanyak 81.5 peratus atau 19,090,140 orang.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 33,388,102 dos.

Labuan terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 63,750 orang atau 93.1 peratus daripada populasi dewasa sudah lengkap dua dos vaksin.

Ini diikuti Lembah Klang dengan 88.7 peratus (5,468,893 orang), Sarawak 86.4 peratus (1,765,851 orang), dan Negeri Sembilan 76.4 peratus (622,081 orang), Perlis 64.3 peratus (116,546 orang), Melaka 54.7 peratus (370,504 orang) dan Pulau Pinang 54.7 peratus (725,998 orang).

Pahang pula merekodkan sebanyak 49.2 peratus (577,956 orang), Perak 46 peratus (857,479 orang), Terengganu 45.6 peratus (368,585 orang) dan Johor 43.9 peratus (1,190,909 orang).

Sementara itu, Sabah kekal negeri paling rendah menerima suntikan vaksin iaitu 36.1 peratus (996,660 orang) selain Kelantan 42.4 peratus (524,716 orang) dan Kedah 42.1 peratus (648,034) orang.

Sementara itu, jumlah pemberian vaksinasi harian semalam adalah sebanyak 343,900 dos membabitkan 141,492 dos pertama dan 202,408 dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok COVID-19.

Sumber: Berita Harian