642 pesakit dirawat di PKRC

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuantan: Seramai 642 pesakit menerima rawatan di enam Pusat Kuarantin daSn Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pahang, sehingga semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, PKRC berkenaan itu menempatkan pesakit yang dikategorikan pada tahap satu dan dua.

“Kemudahan disediakan di PKRC amat selesa untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan baik dan cepat sembuh.

“Secara keseluruhannya, enam PKRC berkenaan boleh menempatkan 2,640 pesakit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, enam PKRC berkenaan ialah Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) yang merekodkan 220 pesakit.

Katanya, ia diikuti Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuantan menempatkan 130 pesakit; Gambang (121) dan Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) (50).

“Selain itu, Institusi Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (ILPKT) Bukit Tinggi, Bentong menempatkan 89 pesakit dan asrama jururawat Hospital Jengka, Maran (32),” katanya.

Sementara itu, Che Adam berkata, lima pusat kuarantin lain turut dibuka, masing-masing dua di daerah Bentong dan satu di Cameron Highlands, Rompin dan Temerloh.

“Setakat ini, 133 pesakit berada di lima pusat kuarantin berkenaan,” katanya.

Sumber: My Metro