BESUT – Terengganu International Air Festival 2022 (TIAF) anjuran kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu merupakan program julung kali diadakan yang terkandung di dalam 22 acara utama Kalendar Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu 2022.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna negeri Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata perasmi pelancaran program TIAF 2022 berkata seramai 65 peserta sukan luncur udara (paraglider) di naikkan secara serentak dengan mengibarkan jalur gemilang simbolik bagi sambutan kemerdekaan yang ke-65.
TIAF 2022 berlangsung selama 7 hari bermula 25 ogos sehingga 31 ogos menampilkan acara utama iaitu Paragliding Accuracy Eastcoast Cup dan Merdeka Fun Fly yang melibatkan seramai 65 peserta, termasuk peserta dari negara Thailand, Indonesia, dan Singapura.
Beliau juga berkata selaku kerajaan negeri berharap agar aktiviti ini dijadikan aktiviti tahunan agar lebih di kenali sehingga keperingkat antarabangsa, sekaligus memajukan kawasan Bubus sebagai kawasan pelancongan.
Pengerusi Program TIAF 2022, Fahmi zakaria, berkata, seramai 50 peserta yang menyertai pertandingan paragliding dan setiap peserta akan mengibarkan jalur gemilang bagi menyemai semangat kemerdekaan bersempena dengan bulan kemerdekaan ini.
Tambah beliau, program ini turut mendapat sambutan daripada beberapa peserta luar negara turut sama mennyertai pertandingan paragliding kali ini.
Dalam program tersebut penganjur turut menawarkan hadiah utama cabutan bertuah berbentuk wang tunai berjumlah Rm 5000.
Acara lain dalam festival ini adalah aktiviti ‘Funride’ Basikal dengan penglibatan 300 peserta yang akan melalui laluan sejauh 40 kilometer.
Sumber : UNIT BERITA MANIS FM