680 kg daging kerbau disumbangkan kepada Penjara Penor

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pelabuhan Klang: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor menyerahkan 34 karton daging kerbau sejuk beku yang dilucutkan hak kepada Penjara Penor, Pahang, di Pusat Siasatan Lanjutan (FIC), di sini, semalam.

Maqis Selangor dalam satu kenyataan berkata, penyerahan itu membabitkan kira-kira 680 kilogram (kg) daging kerbau sejuk beku dari negara India.

“Daging kerbau sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM11,710.37 yang tidak mematuhi prosedur pengimportan melalui Pelabuhan Klang Barat.

“Penyerahan produk membabitkan hasil rampasan sejak April lalu itu adalah untuk dijadikan sumber makanan ternakan ikan keli di bawah program rehabilitasi banduan di penjara yang dibuat oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kesemua serahan itu adalah daripada hasil sitaan pengimportan keluaran pertanian yang melalui proses lucut hak mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Sumber: My Metro