5 Ciri Menjadi Muslim Produktif Tahun 2021

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tahun 2020 yang digambarkan menjadi tahun yang berwawasan ditakdirkan telah terpalit dengan pandemik koronavirus. Kesannya, bukan hanya terlihat dari sudut politik, sosial dan ekonomi sahaja bahkan ia turut memberi impak terhadap psikologi seseorang. Sedar tidak sedar kita sudah pun berada di penghujung 2020 dan tidak sangka sebenarnya kita mampu melaluinya meskipun penuh dengan kesulitan dan kepahitan.

Saat ini adalah saat yang sesuai untuk kita menjadi orang yang baharu. Dengan masuknya tahun baharu ini, ayuh kita berusaha menjadi Muslim yang produktif. Dengan menjadi muslim yang produktif, kita berharap dapat menjadi insan bertaqwa yang diredhai Allah.

Konsep produktif menurut perspektif Islam dan Barat tidak lari jauh sebenarnya. Namun, tidak semua dari perspektif barat yang tidak boleh dicontohi. Perbezaannya hanyalah Islam sangat menekankan aspek kerohanian yang mana tujuannya adalah untuk mengingati Allah SWT setiap masa. Bagi perspektif barat, kerohanian tidak lah menjadi suatu keutamaan melainkan ketenangan yang aplikasikan melalui konsep meditasi.

Berikut adalah 5 Tips menjadi Muslim Produktif :

  • Bangun awal pagi

Bangun awal pagi adalah amalan yang sangat digalakkan oleh agama. Kerana dengan berpagi-pagi adanya keberkatan. Dengan berpagi-pagi, kita dapat lakukan ibadah qiamullail, solat subuh, membaca quran sekurangnya dua muka surat, berzikir dan bertadabbur sementar memhami ayat-ayat Allah.

Pastikan setiap pagi, kita mendengar ayat Allah dahulu sebelum memulakan kerja lain. Dengan pagi yang dimulakan dengan ibadah, insyaAllah akan memberikan rasa tenang dan menanamkan kecintaan kepada Allah S.W.T.

  • Merancang masa dengan baik

Masa yang perlu dibahagikan setiap hari ialah masa untuk tidur, beribadah, menuntut ilmu, kerja, keluarga dan sebagainya. Setiap individu mempunyai komitmen yang tersendiri dan tidak ada satu cara khusus yang sesuai untuk menjadi produktif bagi setiap individu. Oleh itu, kenal pasti apakah komitmen dan tanggungjawab kita. Dalam mengurus masa, pastikan ibadah menjadi keutamaan bukan diamalkan ketika kita ada sisa-sisa waktu lebihan. Ibadah seperti berzikir pastikan dilakukan meskipun dalam kuantiti yang sedikit namun dilakukan secara berterusan.

Contohnya : Berselawat 100x setiap hari setiap hari sebelum tidur.

Bagi memudahkan urusan perancangan, anda boleh menggunakan buku perancang,

  • Ruang Menuntut Ilmu

Menjadi Muslim yang produktif bermakna, memastikan diri sentiasa mendapat input baharu. Justeru, pastikan dalam sehari kita meluangkan masa untuk menuntut ilmu. Tidak kira medium ilmu yang kita gunakan sama ada melalui buku, video atau audio. Asalkan kita mendengar sesuatu yang baik-baik serta bermanfaat dalam kehidupan. Ilmu yang bermanfaat hari ini yang didengar akan memberi perspektif baru kita dalam memandang dunia dan menghadapi sesuatu cabaran.

llmu yang dituntut juga tidak terhad hanya dari sudut agama, bahkan boleh juga meliputi ilmu kehidupan. Misalnya, ilmu kewangan.

  • Bersenam

Menjadi Muslim tidak bermakna hanya perlu beribadah semata. Islam sangat menekankan aspek kesihatan fizikal. Antara sifat Muslim yang baik ialah Al aqlu salim fi Jismi salim maksudnya otak yang cerdas lahir dari badan yang cergas.

Manfaat bersenam ialah dapat memberikan mengelakkan dari penyakit, mengecutkan lemak, menjadikan badan lebih segar dan gembira.  Sukan yang digalakkan dalam Islam ialah memanah, berenang dan menunggang kuda.

  • Mengawal Pemakanan

Mengawal pemakanan adalah salah satu ciri orang yang produktif. Hal ini kerana, tanpa badan yang sihat minda dan badan tidak akan dapat bekerja dengan baik. Dengan makan secara sihat, otak juga menjadi cerdas untuk berfikir dan berzikir.

Malaysia merupakan antara negara ke-5 yang tinggi kadar obesitinya. Dengan peningkatan obesiti, ia menunjukkan manusia makan melebihi kadar yang diperlukan serta memakan sesuatu makanan yang tidak berkhasiat. Makanan yang tidak berkhasiat misalnya yang mengandungi banyak pewarna, bahan kimia, gula yang berlebihan.

Kesannya, badan akan menjadi cepat letih, hormon badan terganggu, susah tidur, berat badan naik dan sebagainya. Oleh itu, pada tahun 2021 ini, ayuh kita mula kurangkan makan makanan segera dan banyakkan makan makanan yang segar.

Kesimpulannya, percaya atau tidak dengan menjadi Muslim Produktif, kita sebenarnya sedang mempersiapkan diri untuk menjadi insan yang berilmu dan bermanfaat sekaligus sikap ini akan mendorong kepada perubahan masyarakat dan negara. Sikap-sikap dan perbuatan ini perlu kita kita jadikan ia sebagai satu cara hidup, agar terus membumi dalama diri.