7 Terbunuh Dalam Serangan Israel Di Hospital Gaza

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

GAZA: Tujuh terbunuh sementara beberapa yang lain cedera parah selepas serangan udara Israel mengenai Hospital Al-Wafaa, Gaza pada Ahad.

Menurut dakwaan Israel, serangan itu mensasarkan anggota unit pertahanan udara Hamas yang beroperasi dari kawasan hospital tersebut.

Ujar tentera rejim, hospital itu tidak lagi berfungsi sebagai fasiliti perubatan.

Sebaliknya hospital itu didakwa dijadikan lokasi merancang dan melaksanakan serangan terhadap tentera Israel.

Dalam serangan berasingan pada hari sama, kereta kebal Israel dilaporkan menyasarkan Hospital Al-Ahly Arab Baptist, Gaza.

Secara keseluruhan, pihak berkuasa kesihatan tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 16 orang terkorban akibat serangan tentera rejim di seluruh Gaza pada hari sama.

– AWANI