KUANTAN : Sebanyak 74 buah sekolah di seluruh di negeri ini dinaiki air melibatkan 11 daerah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, seramai 4,425 orang murid di seluruh negeri ini juga telah menjadi mangsa banjir.
“Selain itu, sebanyak 172 buah sekolah, 25 masjid dan 65 surau di seluruh negeri ini turut dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.
YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim berkata, sebanyak 44 buah masjid dan 24 buah surau di negeri ini juga telah dinaiki air banjir.
“Saya juga dimaklumkan seramai 189 guru menjadi mangsa banjir di seluruh Pahang,” katanya.
Sumber: PAHANGMEDIA