Tahukah anda, saintis meletakkan madu sebagai salah satu makanan yang hebat? Bukan sahaja boleh merawat selsema dan melembutkan kulit anda, madu memberi pelbagai khasiat yang tidak lagi diketahui oleh orang ramai. Apabila ditambah pada makanan, makanan anda akan menjadi lebih sedap! Tapi tahukah anda apa yang terjadi apabila anda makan sesudu madu sebelum tidur?Jom ketahui kebaikan madu ini.
1. Anda akan mudah tidur nyenyak
Badan kita memerlukan nutrien tryptophan dan glikogen untuk membolehkan anda tidur nyenyak di waktu malam. Tryptophan adalah nutrien yang membantu hormon anda untuk relax dan memberi isyarat kepada badan untuk tidur. Glikogen pula nutrien yang merangsang kelenjar adrenalin untuk mengurangkan pengeluaran hormon adrenalin dan kortisol yang membuatkan anda sukar untuk tidur.
2. Merendahkan tekanan darah anda
Tekanan darah anda tidak boleh terlalu tinggi untuk mengelakkan daripada serangan jantung. Untuk mengekalkan tekanan darah yang optimum, makan madu adalah sangat disyorkan kerana ia mengandungi bahan anti-oksida yang dapat menurunkan tekanan darah tinggi.
3. Merendahkan kandungan triglycerides
Triglycerides adalah sejenis lemak yang terdapat dalam darah. Semakin tinggi kandungan triglycerides dalam darah, semakin tinggi potensi individu menghidap penyakit yang berkaitan jantung dan diabetes. Dengan memakan madu, anda dapat mengurangkan lemak jahat di dalam tubuh anda.
4. Meningkatkan sistem imunisasi badan anda
Madu kaya dengan antioksida dan antibakteria yang dimana ia dapat meningkatkan sistem imunisasi badan anda dan menghalang badan anda daripada jangkitan kuman seperti bakteria, kulat dan sebagainya jika anda makan madu setiap malam.
5. Badan anda akan membakar lemak lebih cepat
Madu juga dapat meningkatkan metabolisma badan anda dengan meghasilkan kesan thermogenik. Kesan ini adalah untuk membaikpulih peredaran darah anda dengan meningkatkan sedikit suhu badan anda. Jadi, anda boleh membakar lemak secara alami.
6. Melegakan batuk anda
View this post on InstagramConference aftermath #sorethroat #honeyandwater #ididittomyself
A post shared by Jillian | Audacious Optimist ✨ (@living.life.beauty.full) on
Kadang-kadang, ubat batuk tak dapat melegakan rasa perit di tekak apabila kita batuk. Madu mengandungi bahan anti-radang semula jadi yang boleh melegakan perit tekak anda. Dengan memakan satu sudu madu yang dicampur air suam setiap hari, batuk anda akan hilang secara alami.
7. Berfungsi sebagai anti-penuaan
Seperti yang kita tahu, madu mempunyai antioksida yang dapat menurunkan tekanan darah dan meningkatkan metabolisma. Selain itu, antioksida juga berfungsi sebagai antipenuaan. Anda tidak perlu sapukan madu di muka anda untuk mendapat kesan ini. Hanya makan madu setiap malam, anda mendapat kulit bebas daripada garis-garis penuaan.
8. Melawan kemurungan
Madu mengandungi poliphenol iaitu bahan kimia organik yang dapat melawan kemurungan dan mengawal tekanan oksidatif di dalam sel-sel otak anda. Tekanan oksidatif adalah ketidakseimbangan antara penghasilan radikal bebas dan keupayaan tubuh untuk menyahtoksik dari badan. Oleh itu, dengan memakan madu sebenarnya dapat menghalang kemurungan dengan menurunkan aras tekanan (stress level) dalam badan anda.
Sumber: Bright Side