8 Undang-Undang Aneh Yang Anda Tak Sangka Pun Wujud.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Ni kami senaraikan undang-undang aneh yang mungkin buat anda geleng kepala.

1. Gigit orang lain boleh dikenakan hukuman penjara

Di Pulau Rhode, menggigit anggota badan individu lain boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun (hanya jika mereka menyakiti mangsa dengan niat).

2. Hanya juruelektrik bertauliah dibenarkan untuk menukar mentol lampu di Victoria, Australia

Negeri kedua paling padat di Australia mengharamkan mana-mana individu untuk menukar mentol lampu melainkan anda seorang juruelektrik berlesen. Mereka yang melanggar undang-undang ini boleh didenda sehingga AU$ 10 (RM30).

4. Di Samoa, adalah menjadi satu kesalahan jika si suami terlupa hari lahir isteri anda

Anda akan mendapat lebih banyak silent treatment daripada isteri jika anda terlupa hari lahir mereka. Tak pasti berapa lama tempoh hukuman itu, tetapi mungkin cukup untuk anda berfikir tentang cara memenangi mereka semula.

5. Milan menetapkan bahawa rakyat mesti senyum pada setiap masa, atau dikenakan denda

Milan yang terletak Itali menyatakan bahawa anda perlu senyum setiap masa kecuali semasa majlis pengkebumian ataupun ke hospital. Mereka yang tidak senyum bakal didenda.

6. Wanita tak dibenarkan makan coklat di dalam kenderaan awam

Undang-undang pelik ini tidak lagi dilaksanakan, namun satu ketika dahulu wanita yang memakan coklat dalam kenderaan awam adalah menjadi satu kesalahan.

7. Di Scotland, anda perlu membenarkan orang lain menggunakan tandas jika pintu anda diketuk.

Jika pintu tandas anda diketuk oleh mana-mana individu yang terdesak untuk menggunakan tandas, anda wajib membenarkannya.

8. Di Londan, menjadi satu kesalahan mengangkut kepingan kayu di laluan pejalan kaki.

Ia menyalahi undang-undang dan boleh didenda £500 jika ditangkap.

Sumber : Syok