90% Keluarga Syria di Lebanon Hidup Dalam Kemiskinan yang Melampau

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sembilan daripada sepuluh keluarga pelarian Syria di Lebanon hidup dalam kemiskinan yang melampau, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diterbitkan pada hari Jumaat.

Laporan itu menyatakan bahawa hampir 89 peratus terpaksa bergelut untuk memenuhi keperluan paling asas mereka pada akhir tahun ini, yang meningkat dari 55 peratus pada 2019.

Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), Program Makanan Dunia dan Tabung Kanak-kanak (Unicef) menyalahkan krisis ekonomi Lubnan, kejatuhan mata wang, pandemik koronavirus, dan ledakan bom di Beirut menyumbang kepada kemorosotan yang berlaku secara pantas.

Mireille Girard, Wakil UNHCR untuk Lebanon, berkata: “Krisis yang berlaku secara berturut-turut telah mempengaruhi semua komuniti di Lubanan, termasuk penduduk Lubnan, pelarian, dan lain-lain.

“Situasi pelarian Syria di Lebanon sememangnya sangat teruk selama bertahun-tahun, tetapi tahun ini adalah tahun yang terburuk untuk dilalui dan meneruskan kehidupan keesokan harinya.”

Lubnan menjadi tuan rumah kepada kira-kira 1.5 juta rakyat Syria, yang jumlahnya adalah satu per empat dari keseluruhan penduduk negara itu.

Negara ini juga sedang menghadapi krisis ekonomi terburuk sejak berakhirnya perang saudara pada tahun 1990, dengan meningkatnya pengangguran, inflasi yang melambung tinggi dan turunnya nilai mata wang.

Hasil kajian menunjukkan bahawa kira-kira sembilan dari sepuluh isi rumah pelarian Syria dalam keadaan berhutang dengan 93 peratus digunakan untuk membayar makanan.

Menurut laporan tersebut, harga makanan hampir meningkat tiga kali ganda di Lebanon sejak Oktober 2019.

Separuh keluarga pelarian Syria yang dijalankan kajian didapati mengalami kekurangan makanan yang meningkat dari 28 peratus pada tahun 2019.

Para penyelidik juga mendapati jumlah isi rumah yang mengalami malnutrisi telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya, meningkat dari 25 menjadi 49 peratus dalam 12 bulan.

Jumlah isi rumah yang mengurangkan kadar jumlah makanan atau kekerapan juga didapati turut meningkat.

Laporan itu menambah bahawa keluarga pelarian mengalami akses terhad akan pembelajaran jarak jauh semasa wabak, disebabkan oleh sambungan internet yang terhad atau tidak ada sambungan internet langsung.