9,571 premis di Kelantan dikecualikan sewa dua bulan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Datuk Ahmad Yakob

Kota Bharu: Bagi meringankan beban peniaga kecil yang terkesan dengan Covid-19, kerajaan negeri Kelantan bersetuju memberi pengecualian bayaran sewa selama dua bulan kepada 9,571 premis.

Pengecualian itu diberikan kepada premis disewa milik kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pengecualian itu membabitkan peruntukan RM3.29 juta yang diberikan kepada peniaga kecil untuk sewa bagi Julai dan Ogos depan.

“Ia menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Negeri Kelantan 2021 dan 9,571 premis disewa peniaga kecil itu membabitkan 12 PBT,” katanya menerusi laman Facebook rasminya di sini

Sumber: My Metro