KUALA LUMPUR – Sebanyak 97.8 peratus atau 22,893,234 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 99 peratus atau 23,175,181 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, 90.8 peratus atau 2,858,992 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 manakala 88 peratus atau 2,770,412 individu golongan itu telah lengkap vaksinasi.
Dalam pada itu, 255,384 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 3,170 suntikan dos lengkap, 2,016 dos pertama dan 250,198 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60,035,273 dos.
Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 8,539,533.
Sumber: BERNAMA