Sebuah masjid di London telah mengedarkan makanan panas kepada kakitangan hospital tempatan pada setiap hari Jumaat sebagai “tanda terima kasih”.
Masjid East London, yang bekerjasama dengan London Muslim Centre,mengedarkan lebih dari 100 makanan panas kepada kakitangan di Royal London Hospital pertama kalinya pada hari jumaat..
Masjid ini yang turut mengedarkan bank makanan untuk masyarakat setempat, menyatakan makanan yang diedarkan kepada kakiangan hospital ini adalah sebagai simbol penghormatan terhadap “kerja keras dan keberanian” pekerja kesihatan semasa wabak tersebut.
“Pada waktu genting sebegini, NHS merupakan petugas barisan hadapan yang telah menyelamatkan nyawa ramai orang orang,” kata Dilowar Khan, pengarah East London Mosque Trust,
“Kami memuji mereka atas kerja keras dan keberanian mereka, sehingga sangguh menyabaikan keluarga mereka sendiri untuk menolong orang lain. Dan sebagai tanda kesyukuran ini, kami ingin menunjukkan tanda terima kasih kepada jiran kami , Hospital Royal London.”
Masjid ini ditutup buat sementara waktu, walaupun Pemerintah mengizinkan tempat-tempat ibadat dibuka di bawah sekatan coronavirus, disebabkan penyebaran virus Covid-19 yang tinggi di kawasan tempatan.