Strain virus Afrika Selatan lebih mudah menular

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Petugas kesihatan merawat pesakit COVID-19 di Steve Biko Academic Hospital di Pretoria. – Foto AFP

Kumpulan pakar semalam mengesahkan strain baharu coronavirus yang dikesan di Afrika Selatan adalah lebih mudah menular berbanding jenis sebelumnya.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada bukti yang menunjukkan ia menyebabkan lebih banyak kematian.

Menurut pakar epidemiologi yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Saintifik Kementerian Kesihatan, Salim Abdool Karim, kadar kebolehjangkitan bagi varian baharu itu adalah sebanyak 50 peratus.

“Tidak ada bukti varian baharu ini lebih berbahaya berbanding yang asal,” katanya.

Kumpulan pakar merumuskan varian yang kini dominan di Afrika Selatan itu melalui analisis daripada data kluster utama didapati di seluruh negara.

Sementara itu, pakar epidemiologi, Abdool Karim, berkata masih belum diketahui sama ada vaksin sedia ada berkesan terhadap varian baharu berkenaan.

Beberapa kajian giat dijalankan bagi menguji keberkesanan vaksin untuk melawan varian itu.

Setakat ini, Afrika Selatan mencatatkan lebih 1.3 juta kes COVID-19 dengan 37,105 jumlah kematian.

Menteri Kesihatan, Zweli Mkhize, dalam satu kenyataan semalam, berkata kes baharu mencatatkan penurunan sebanyak 23 peratus, bagaimanapun jumlah pesakit yang dirawat di hospital pada minggu sebelumnya meningkat pada kadar 18.3 peratus. – AFP